23 June 2011

setelah penggunaan TAB EX & TAB SOAP selama sebulan,kini kulit hanya tinggal parut dan semakin rata...
Ramai tahu bahawa kecantikan itu bermula dari dalam, namun masih ramai yang masih tidak memahami maksud sebenar. Kecantikan kulit, rambut, dan badan kita sememangnya bermula dari dalam badan kita - melalui pemakanan dan nutrisi penting yang cukup. Wanita disogok dengan longgokan krim dan losen kecantikan yang menjanjikan kulit yang sihat dan bebas dari sebarang masalah , bahawa cantik itu dicapai melalui sapuan produk-produk sebegini. Namun hakikat kecantikan sebenar bermula dari dalam, jika nutrisi penting dapat dibekalkan dengan cukup, maka awet muda dan kecantikan yang kekal sepanjang hayat adalah merupakan kerja mudah. Sapuan krim dan losen hanyalah untuk menjada lapisan luaran kulit, walhal kesihatan kulit yang sebenarnya perlu dijaga dari dalam badan atau bahagian lapisan dalam kulit yang secara langsung menghasilkan kulit baru yang sihat dan berseri. Penjagaan kecantikan asas yang paling penting dan kritikal pada zaman ini bukanlah lagi “cleanse, toner & moisturise” tetapi penjagaan kulit jauh dari dalam dengan pengambilan zat, nutrisi dan antioksidan tambahan yang memastikan kulit sihat, gebu, bercahaya dan tidak dimakan usia. Hanya yang terbaik untuk mu. Tab EX, makanan tambahan yang mengandungi protein antioksidan yang terbaik dan dinobatkan sebagai ‘master-antioxidant” untuk kulit dan kesihatan seorang wanita. Selain mencerahkan dan memberikan glow, Tab EX mampu menghilangkan jerawat, parut, kedut, selulit, stretch marks, menghalang keguguran rambut, dan rawatan dalaman seorang wanita, selain dapat mengekalkan keremajaan selama-lamanya. Tab EX merawat kulit jauh dari lapisan dalaman kulit, yang mana tidak dapat ditembusi oleh krim dan losen kecantikan ini. Kulit adalah organ yang terbesar yang kita miliki. Ini memelihara kelembapan dan sebagai medium untuk menyingkirkan toksin. Persekitaran lumrah kita seperti makanan segera, pencemaran udara, dan sinar UV secara langsung merosakkan kulit luaran kita, manakala pengambilan makanan yang tidak seimbang, merokok, dan serangan radikal bebas membuatkan sel tidak dapat menghasilkan kulit yang benar-benar sihat, putih bercahaya, timbul pula ancaman tua daripada usia, kulit kusam dan bermasalah daripada persekitaran dan pola diet yang tidak seimbang. Terutamanya kepada mereka yang terlalu sibuk untuk menjaga & memanjakan diri dengan rawatan kulit atau juga terlalu sibuk untuk menjaga diet, Tab EX adalah penyelesaian yang terbaik kerana ia bekerja dari dalam untuk memastikan sel badan sentiasa sihat. Ternyata Tab EX adalah merupakan jawapan kepada penjagaan kulit menyeluruh, dan sebagai keperluan asas kepada mereka yang tidak mahu dimakan usia dan kepada mereka yang sentiasa mendambakan kulit cerah bersinar, halus dan bebas dari sebarang masalah..

No comments: